Makanan Dalam Pesawat

Makanan Dalam Pesawat

Hidangan di Awan Biru

Hidangan di Awan Biru Hidangan lazat untuk semua Penumpang akan menikmati hidangan snek percuma, makanan dan minuman yang disediakan khas berdasarkan kajian profil penumpang, kesihatan dan keperluan nutrisi, serta pengalaman kami dalam sektor perkhidmatan Haji dan Umrah.

Hidangan Diet Khas Selain pilihan hidangan yang biasa disediakan, kami juga boleh menyesuaikan menu kami untuk keperluan perubatan atau pemakanan anda. Hantarkan permintaan anda kepada kami sehingga 24 jam sebelum waktu perjalanan anda. Perkhidmatan ini disediakan untuk semua penerbangan Amal by Malaysia Airlines dan penerbangan ke sektor lain oleh Malaysia Airlines.

Hidangan Kelas Perniagaan Hidangan Kelas Perniagaan adalah lazat dan menyihatkan, pada masa yang sama menjanjikan kepuasan dan mengenyangkan perut untuk sepanjang perjalanan anda. Penumpang akan menikmati hidangan panas dan ringan yang akan dihidangkan di tempat duduk mereka, bermula dengan pembuka selera buah-buahan segar, diikuti dengan hidangan panas yang dimasak dengan sempurna dan pencuci mulut yang manis untuk melengkapkan hidangan.

Hidangan Kelas Ekonomi Pada ketinggian 36,000 kaki di udara, hidangan Kelas Ekonomi akan memenuhi semua keperluan anda. Sama ada panas, lazat dan menyihatkan, penumpang boleh memilih kegemaran mereka daripada pelbagai hidangan utama dan minuman istimewa. Duduk, rehat dan nikmati hidangan yang disajikan lengkap beserta pencuci mulut yang manis.

Hidangan Tambahan Untuk pengalaman penerbangan yang lebih menyeronokkan, anda boleh memilih untuk membeli pilihan makanan ringan tambahan seperti sandwic dan pelbagai pastri, seawal 30 hari atau selewat-lewatnya 36 jam sebelum waktu berlepas. Sila rujuk pada menu kami untuk memastikan pilihan anda.

Lebih banyak untuk diterokai

Terokai sekarang

Terokai sekarang

Terokai sekarang